Posts

PRA PELANCARAN EKSA & GOTONG-ROYONG PERDANA

Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif bin Ramli menurunkan tandatangan di atas bunting sebagai simbolik Pra Pelancaran EKSA MDBG Selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestij tinggi dan inovatif dalam kalangan warga Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG),  pelbagai inisiatif telah diambil untuk memperluaskan budaya yang telah dibentuk sejak Amalan 5S. Ianya adalah melalui penjenamaan semula kepada Eksosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Majlis pra pelancaran EKSA peringkat Majlis Daerah Batu Gajah telah diadakan pada 29 Mac 2019 bertempat di parkir belakang MDBG. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua, Mohamad Razif bin Ramli. Dalam ucapan perasmian, beliau menyeru semua warga Majlis sentiasa mengamalkan amalan EKSA secara berterusan bagi menjamin kebersihan dan keselesaan pejabat bagi meningkatkan mutu kerja masing-masing. Pada masa yang sama, pertandingan mencipta slogan dan reka bentuk t-shirt EKSA telah diumumkan pada majlis tersebu...