Tarikh: 21 November 2019 (Khamis) Masa: 2.30 petang - 4.30 petang Tempat: Majlis Perbandaran Manjung Objektif Program: Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di MPM memandangkan agensi tersebut telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada MDBG untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA seterusnya berjaya mendapat pensijilan dari MAMPU pada tahun 2020 .
Telah berlangsung satu Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Antara Zon EKSA Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Negeri Perak Tahun 2022 semasa Perhimpunan Penjawat Awam Bil.3/2022 pada 5 September 2022. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif bin Ramli, AMP . Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ketua dan ahli zon EKSA Majlis Daerah Batu Gajah yang telah menunjukkan kesungguhan dan kegigihan dalam menghias serta penyediaan dekorasi yang telah ditonjolkan amat dihargai. Berikut merupakan senarai nama pemenang pertandingan, keputusan para panel penilai adalah muktamad. Johan (RM 500.00) : Zon Neptun (Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta) Naib Johan (RM 400.00) : Zon Marikh (Jabatan Penguatkuasaan / Bahagian Teknologi Maklumat) Ketiga (RM 300.00) : Zon Musytari (Jabatan Khidmat Pengurusan) Keempat (RM 200.00):...
Comments
Post a Comment